Ekonomi Sabah

Rencana utama: Ekonomi Sabah

Ekonomi negeri Sabah bergantung pada tiga sektor utama iaitu pembuatan, pertanian, pembalakan dan pelancongan. Petroleum dan minyak sawit kekal sebagai dua komoditi yang paling banyak dieksport. Import Sabah paling utama ialah dalam industri automotif, produk petroleum, baja, makanan serta barangan perkilangan.[48]

Pembuatan

Pelabuhan kontena di Teluk Sepanggar.

Terdapat beratus-ratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil (IKS) di Sabah.[49] Beberapa syarikat juga telah mendapat nama seperti Gardenia. Kerajaan Sabah juga serius dalam mengejar perindustrian selaras dengan Pelan Koridor Pembangunan Sabah khususnya di kawasan Sepanggar dimana Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Terminal Pelabuhan Kontena Sepanggar terletak.

Pembalakan dan Pertanian

Sabah juga terkenal dengan hasil kayu balak,[50] tetapi dengan kekurangan yang semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki hutan yang masih ada telah dibuat pada awal tahun 1982 melalui kaedah pemuliharaan hutan dengan mengumpul spesies benih kayu yang berbeza dan menjalankan penanaman semula. Bagaimanapun, minyak sawit telah muncul sebagai pilihan petani untuk ditanam sebagai tanaman pertanian.[51][52] Lain-lain produk pertanian penting dalam ekonomi Sabah termasuk juga getah dan koko.[53][54]

Pelancongan

Rencana utama: Pelancongan di Sabah

Pelancongan, terutamanya eko-pelancongan, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2012, kira-kira 2,327,476 pelancong telah melawat Sabah[55] dan dijangkakan bahawa jumlah itu akan terus meningkat berikutan pelbagai aktiviti dan promosi yang diadakan oleh kerajaan negeri dan lembaga pelancongan negara. Selain itu, faktor kestabilan dan keselamatan negeri ini juga telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang dipilih oleh para pelancong. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah seperti Kolam air panas Poring, Tanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan, Gunung Kinabalu, Lembah Danum, Sungai Padas, Pulau Sipadan, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Long Pasia, Taman Pulau Penyu dan Monyet Proboscis Teluk Labuk.[56]

Rujukan

WikiPedia: Sabah http://www.bt.com.bn/2013/03/07/sabah-and-sulu-cla... http://www.bt.com.bn/life/2008/09/21/how_brunei_lo... http://www.asiandialogue.com/pdf/asean_forecast/Ja... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18459 http://www.ethnologue.com/show_country.asp?name=MY... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://books.google.com/?id=5GSBCcNn1fsC&pg=PA57&l...