Sabarlah_Sayang
Sabarlah_Sayang

Sabarlah_Sayang

Sabarlah Sayang ialah album studio pertama dari penyanyi pop Malaysia, Ramlah Ram yang dihasilkan pada tahun 1986. Dari album ini lahirnya single "Sabarlah Sayang" ciptaan Datuk Dr. Ahmad Nawab yang menjadi antara lagu popular pada tahun 1986. Album ini adalah album pertama Ramlah Ram dan ianya merupakan permulaan pengenalan jenama 'Ramlah Ram' di dalam dunia muzik tempatan. Menerusi album ini, Datuk Dr. Ahmad Nawab masih tercari-cari identiti dan lagu-lagu yang bersesuaian dengan lenggok dan tonasi suara Ramlah Ram. Oleh itu kebanyakkan lagu-lagu dalam album ini masih berkonsepkan pop dan dangdut pop Melayu yang merupakan antara genre paling popular ketika itu. Maka, tidak hairan lah jika hampir separuh dari album ini merupakan lagu berentak dangdut pop Melayu seperti 'Belum Waktu', 'Izinkanlah', 'Betapa Sayangnya Aku' dan lagu berkonsepkan rock dangdut 'Hanya Sebagai Kawan'.Bagaimanapun, ianya mendapat sambutan yang sederhana dengan hanya lagu 'Sabarlah Sayang' berjaya mendaki tangga carta lagu popular ketika itu. Walaupun begitu ianya cukup untuk memperkenalkan Ramlah Ram sebagai penyanyi selepas beliau memenangi pertandingan 'Bintang RTM Edisi Tahun 1985' pada 20 Februari 1986. Trivia menarik mengenai kejayaan Ramlah Ram di pertandingan ini adalah ianya merupakan 'hadiah' hari lahirnya yang kebetulan jatuh pada 19 Februari, sehari sebelum itu.

Sabarlah_Sayang

Dikeluarkan pada 1986
Penerbit Ahmad Nawab
Dirakam pada 1986
Genre Pop
Syarikat NPC