Sabit

Sabit ialah sejenis alat tangan yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti pertanian, termasuklah memotong rumput atau menuai tanam-tanaman. Rupanya seperti bulan sabit, dan bahagian dalamnya tajam.Alatan ini kini telah digantikan secara besar-besaran oleh traktor dan mesin-mesin automatik yang lain, namun masih terus digunakan dalam sesetengah kawasan di Eropah dan Asia.