Sacramento ialah ibu negeriCaliforniaAmerika Syarikat. Bandar ini yang terletak di tepi Sungai Sacramento dan di selatan kuala Sungai Amerika didirikan pada tahun 1848.Bandar ini memiliki luas wilayah 257.0 km², di mana 251.6 km² adalah tanah dan 5.4 km² air. Penduduk bandar ini adalah seramai 460,242 orang mengikut anggaran tahun 2007. Kawasan Metropolitan Sacramento yang termasuk kaunti El Dorado, Placer, Sacramento, dan Yolo pula memiliki jumlah penduduk seramai 2,136,604 orang.