Safi_al-Din_al-Urmawi
Safi_al-Din_al-Urmawi

Safi_al-Din_al-Urmawi

Safiuddin al-Urmawi atau Safi al-Din al-Urmawi (Bahasa Arab: صفی الدین الارموی‎) atau nama penuhnya, Safi al-Din Abd al-Mu'min ibn Yusuf ibn al-Fakhir al-Urmawi (lahir c. 1216 M di Urmia atau Baghdad, meninggal dunia 1294 M) ialah seorang ahli muzik dan ahli teori muzik terkenal.Kitab al-Adwar karangan al-Urmawi ialah karya pertama yang masih wujud berkaitan teori saintifik muzik selepas karya Ibnu Sina, dan menjadi buku muzik yang popular dan amat berpengaruh buat berkurun-kurun lamanya. Tidak terdapat treatis muzik dalam bahasa Arab yang diterjemah, diulas dan diterjemah ke dalam bahasa-bahasa Timur dan Barat selain daripadanya.