Sahap_noda
Sahap_noda

Sahap_noda

Sahap noda (Tulisan Jawi: ساهڤ نودا)[1] adalah sejenis alat solek yang digunakan untuk menutup lingkaran gelap, bintik usia, liang besar dan sebarang cela kecil lain yang terlihat pada kulit. Ia serupa dengan krim asas, tetapi lebih lebih pekat dan digunakan untuk menyembunyikan pigmen-pigmen berbeza pada tona kulit.Kedua-dua sahap noda dan krim asas biasanya digunakan untuk menjadikan warna kulit kelihatan lebih seragam. Dua jenis alat solek tersebut berbeza dengan sahap noda lebih cenderung untuk mempunyai pigmen yang lebih pekat, walaupun sahap noda dan krim asas terdapat dalam pelbagai kelegapan.