Sains_bahan

Sains bahan atau kejuruteraan bahan merupakan sesuatu bidang antara disiplin yang melibatkan ciri-ciri jirim dan penggunaan jirim dalam pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Sains ini mengaji hubungan antara struktur bahan-bahan dan ciri-ciri mereka. Bidang ini meliputi fizik gunaan dan kimia, serta kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanik, kejuruteraan sivil dan kejuruteraan elektrik. Sains bahan semakin berkembang disebabkan perhatian yang meningkat kepada bidang nanosains dan nanoteknologi.