Sains_bumi

Sains bumi (juga dikenali sebagai geosains), merupakan satu bidang yang merangkumi semua bidang sains berkaitan dengan bumi. Ia termasuk aliran utama seperti (geologi/ilmu kaji bumi), geofizik, meteorologi, geografi fizikal (berlainan dengan geografi manusia), mineralogi, paleontologi, sedimentologi, hidrologi, dan geodesi. (Sains marin/hidupan laut) dan sains alam sekitar merupakan diantara bidang yang merupakan cabang Sains bumi.Walaupun dipertikaikan, sains bumi bolehlah dianggap sebagai satu cawangan sains planet. Ia boleh dianggap sebagai satu kes istimewa, kerana merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.Kajian mengenai sains bumi boleh dibahagikan kepada 4 bahagian:Sains bumi menggunakan fizik, matematik, kimia, dan biologi untuk mendirikan satu kefahaman kuantitatif mengenai bumi. Ini memberikan pakar sains keupayaan untuk menjangkakan perubahan masa akan datang mengenai sistem yang dikenali sebagai "planet bumi". Seperti kesemua pakar sains yang lain, pakar sains bumi menggunakan kaedah saintifik: merumuskan hipotesis selepas pemerhatian mengenai dan mengumpulkan maklumat berkenaan kejadian semulajadi dan kemudian menguji hipotesis tersebut. Dalam sains bumi, maklumat lazimnya memainkan satu peranan genting dalam uji kaji dan merumuskan hipotesis. Setiap disiplin sains bumi mempunyai sudut pandangan "paradigm" penting yang membentuk asas kepada bidang pengajian yang khusus.