Sains_sosial

Sains sosial atau sains kemasyarakatan (social sciences) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai kajian sosial/kajian kemasyarakatan (social studies) yang berlaku dalam dunia sosial dan fenomena yang berlaku dalam dunia sosial yang melibatkan manusia. Bidang Sains Sosial merangkumi:Istilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau saintifik dalam penelitian terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat.