Saint_Pierre_dan_Miquelon
Saint_Pierre_dan_Miquelon

Saint_Pierre_dan_Miquelon

Saint-Pierre dan Miquelon merupakan kepulauan Perancis yang terletak di utara Lautan Atlantik, 25 km di selatan Pulau Newfoundland, Kanada. Dahulunya ia merupakan jabatan seberang laut kemudian kumpulan wilayah berstatus khas. Sekarang ia merupakan kelompok seberang laut (collectivité d'outre-mer dalam bahasa Perancis). Kepulauan ini terdiri daripada tiga pulau utama : Saint-Pierre, yang terkecil tetapi menempatkan 90 % daripada jumlah penduduk kepulauan, Miquelon, dan Langlade, di mana kedua-dua pulau tersebut dihubungi oleh tanah genting pasir sejak abad ke-17. Saint-Pierre dan Miquelon juga terdiri daripada beberapa pulau kecil yang tidak diduduki manusia.Bersama Guadeloupe, Martinique, Guiana Perancis, Saint-Martin, Saint-Barthélemy dan Clipperton, Saint-Pierre dan Miquelon merupakan salah satu daripada tujuh wilayah Perancis di Amerika dan satu-satunya di Amerika Utara, kesan peninggalan empayar penjajahan Perancis Baru.Dahulunya Saint-Pierre dan Miquelon dinamakan Isle Sainct Pierre oleh Jacques Cartier ketika dia singgah pada bulan Jun 1536. Sebelum itu, pelayar Portugis José Álvarez Faguendes telah singgah di kepulauan tersebut pada 1520 dan menamakannya “kepulauan sebelas ribu anak dara”. Kepulauan ini telah jatuh ke tangan pihak Inggeris dan pihak Perancis berulang kali sebelum menjadi hak milik muktamad Perancis pada 1815.

Saint_Pierre_dan_Miquelon

Ibu kota Saint-Pierre
Zon masa UTC-3 (PMST)
Pemerintahan Wilayah tangungan
• Per kapita $6,874 (tidak diukur)
• Kepadatan 25/km2 (64.7/sq mi) (ke-176)
• Diserahkan oleh UK† 30 Mei 1814
• Bancian Januari 2006 6,125
• Presiden Majlis Wilayah]] Stéphane Artano
Kod panggilan 508
• Total $48.3 juta (ke-226)
Bahasa rasmi Bahasa Perancis
• Presiden Perancis Nicolas Sarkozy
KDNK (PPP) Anggaran 2003 
• Overseas collectivity 28 Mac 2003
Mata wang Euro ()[1] (EUR)
• Pengawas Yves Fauqueur
• Territorial collectivity 11 Jun 1985
• Air (%) sedikit sahaja
• Jumlah 242 km2 (93 bt2) (ke-208)
• Wilayah luar negara 27 Oktober 1946
Internet TLD .pm
• Musim panas (DST) UTC-2 (PMDT)
• Jabatan luar negara 17 Julai 1976

Rujukan

WikiPedia: Saint_Pierre_dan_Miquelon http://www.grandcolombier.com/culture/euzkadi/hbas... http://www.grandcolombier.com/english/index.html http://www.st-pierre-et-miquelon.com/english/index... http://www.st-pierre-et-miquelon.com/english/quest... http://www.st-pierre-et-miquelon.com/francais/quef... http://www.mairie-stpierre.fr/ http://www2.st-pierre-et-miquelon.info/ http://www.buber.net/Basque/Features/GuestColumns/... http://web.archive.org/20060429222107/abarka.free.... http://web.archive.org/web/20070220040300/http://w...