Saka

Saka merujuk kepada warisan (kata umbi bagi pusaka ). Ia merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa (dikenali sebagai baka)(Wilkinson, 1959). Ia mrangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya. [1]Saka juga merujuk kepada tahun Saka, yang diwarisi dari takwim India.[2] Menurut tulisan Melayu pada 605 tahun Saka (683 A.D.), pemerintah Srivijaya yang bernama Srijayanasa memerintah taman yang dikenali sebagai Srikserta "taman bertuah" dibina ketika tentera Srivijaya bertolak menyerang Jawa. [3]Saka juga merujuk kepada pokok saka, pokok yang hidup lebih dari semusim/setahun.[4]Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.[5] Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya. Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”