Salman_Al-Farisi
Salman_Al-Farisi

Salman_Al-Farisi

Salman Al-Farisi (bahasa Arab: سلمان الفارسي Salman Farisi; bahasa Parsi: Salman e Farsi), adalah salah satu daripada Sahabat Nabi. Sabda Rasulullah S.A.W."Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."Sebagai seorang sahabat akrab, Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan.