Sami_Yusuf
Sami_Yusuf

Sami_Yusuf


Sami Yusuf (lahir pada bulan Julai 1980) adalah seorang penyanyi-pencipta lagu Muslim British,[3] kebanyakan lagu yang dihasilkan Yusuf ialah lagu yang berkaitan dengan Islam dan untuk menjadi seorang Muslim di dunia pada zaman sekarang. Beliau juga memasukkan banyak isu sosial dan kemanusiaan dalam lagunya. Ketika ini, beliau menjadi sangat terkenal di dalam dunia Islam, beliau juga banyak membuat video untuk beberapa lagu-lagunya. Pada 2006, majalah Time mengelar beliau sebagai "bintang rock terbesar Islam" (Islam's biggest rock star).