San_Juan,_Puerto_Rico
San_Juan,_Puerto_Rico

San_Juan,_Puerto_Rico

San Juan (IPA: [saŋ hwaŋ]) (daripada ungkapan Sepanyol, San Juan Bautista, "Santo John si Baptis") ialah ibu kota dan kawasan perbandaran yang terbesar di Puerto Rico. Menurut banci pada tahun 2000, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 433,733 orang dan oleh itu, menyebabkannya merupakan bandar raya yang ke-42 terbesar di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat.San Juan diasaskan oleh kolonis-kolonis Sepanyol pada tahun 1521. Mereka menggelarnya Ciudad de Puerto Rico ("Kota Puerto Rico"). San Juan ialah kota yang tertua di Puerto Rico serta kota diasaskan orang Eropah yang kedua tertua di benua Amerika selepas Santo Domingo, kini sebahagian Republik Dominican.[2] Banyak bangunan sejarah terletak di San Jua, antaranya Kubu San Felipe del Morro dan Kubu San Cristobál yang merupakan bekas kubu-kubu pertahanan kota yang paling terkenal.Pada hari ini, San Juan bertindak sebagai salah satu pelabuhan laut Puerto Rico yang paling penting,[3] serta juga pusat perkilangan, kewangan dan pelancongan di pulau ini. Jumlah penduduk kawasan metropolitan, termasuk San Juan dan kawasan-kawasan perbandaran Bayamón, Guaynabo, Cataño, Canóvanas, Caguas, Toa Alta, Toa Baja, Carolina, dan Trujillo Alto, adalah hampir dua juta orang; justera itu, hampir setengah daripada jumlah penduduk Puerto Rico kini tinggal dan bekerja di kawasan ini.[4]San Juan telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara yang penting dalam komuniti sukan, termasuk:

San_Juan,_Puerto_Rico

Diasaskan 1508/1521
• Gentilic Sanjuaneros
• Darat 47.82 batu persegi (123.9 km2)
• Senarai senator. 1 - San Juan
Lagu kebangsaan "En Mi Viejo San Juan"
• Kepadatan 9,084.4/batu persegi (3,507.5/km2)
• Metro 2,509,007
• Datuk bandar Jorge A. Santini Padilla (PNP)
Zon waktu UTC-4 (AST)
Wilayah Puerto Rico
• Air 29.11 batu persegi (75.4 km2)  37.8%
Laman web www.sanjuancapital.com
• Bandar 434,374
• Agihan wakil 1,2,3,4,5
Negara Amerika Syarikat
Wad (bario) 18

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: San_Juan,_Puerto_Rico http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=18.45,-66.10&sp... http://www.gotopuertorico.com/tourism-puerto-rico.... http://www.multimap.com/map/browse.cgi?lat=18.45&l... http://www.sanjuancapital.com/ http://www.sanjuancapital.com http://www.terraserver.com/imagery/image_gx.asp?cp... http://factfinder.census.gov/servlet/GCTTable?_bm=... http://www.nps.gov/saju/ http://www.globalguide.org?lat=18.45&long=-66.10&z... http://welcome.topuertorico.org/city/sanjuan.shtml