San_Marino
San_Marino

San_Marino

di Eropah  (white)Republik Teramat Mulia San Marino (Bahasa Itali: Serenissima Repubblica di San Marino) ialah sebuah negara di Pergunungan Apennine dan juga sebuah enklaf tidak berpantai yang dikelilingi sepenuhnya oleh Itali. Selaku salah sebuah negeri mikro di Eropah, San Marino mempunyai populasi terkecil di kalangan semua ahli Majlis Eropah.Mengikut tradisi, San Marino merupakan republik berpelembagaan tertua di dunia yang masih wujud, sejak penubuhannya pada tahun 301 Masihi oleh Marinus dari Rab, seorang tukang batu beragama Kristian yang melarikan dirinya daripada penindasan terhadap penganut agama Kristian oleh Maharaja Diocletian di Rom. San Marino mempunyai perlembagaan bertulis tertua yang masih dipakai, iaitu sejak tahun 1600.[1]

San_Marino

Ibu kota San Marino
Zon masa UTC+1 (CET)
Pemerintahan Republik
Bandar terbesar Serravalle
Santa penaung Santo Marinus
• Kapten Regen Valeria Ciavatta
Luca Beccari
• Per kapita $34,600 (12th)
• Anggaran Januari 2005 28,117 (ke-212)
Kod panggilan 378
• Total $904 juta (ke-195)
Bahasa rasmi bahasa Itali1
• Tarikh 3 September 301
KDNK (PPP) Anggaran 2001 
Mata wang Euro (€) (EUR)
HDI (2003) n/a
Ralat: Nilai HDI tidak sah · n/a
• Air (%) diabaikan
Internet TLD .sm
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)