Sandwic
Sandwic

Sandwic

Sandwic atau roti lapis ialah makanan berupa dua potong roti yang menyepit daging, sayuran, keju atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Pelbagai jenis roti baoleh digunakan untuk membuat sandwic dan bergantung pada isinya. Permukaan roti biasanya disapu sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau. Sandwic juga dikenali sebagai roti lapis di Indonesia. Di negara bukan makanan asasinya nasi, sandwic biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari. Sandwic juga dibawa sebagai makanan sewaktu berkhemah, mendaki gunung atau sekadar berjalan-jalan. Di rumah, sandwic dinikmati sebagai pelengkap makanan utama. Jika dimakan di rumah sebagai makanan utama, sandwic biasanya ditemani oleh makanan pendamping seperti sup (soup-and-sandwich), daun salad (salad-and-sandwich), kerepek kentang, kentang goreng, timun).