Santo_Peter

Santo Petros (Bahasa Yunani: Πετρος, Bahasa Latin: Petrus, Bahasa Inggeris: [Saint] Peter) (sekitar tahun 1–64 M) merupakan antara segelintir orang dipilih oleh Yesus Kristus sebagai pengikut awalnya. Beliau merupakan tokoh penting dalam injil Perjanjian Baru dan kitab-kitab Kristian yang lain. Peter yang pada mulanya hanya seorang nelayan kemudian diberi tugas sebagai pemimpin oleh Jesus. Tradisi Kristian menyebut beliau sebagai uskup atau biskop pertama Rom, penulis bagi dua warkah kanun dan syahid di bawah Nero apabila disalib dalam keadaan terbalik dan dikebumikan di Rom. Memori beliau secara tradisi disebut sebagai sumber Injil Mark.Mazhab-mazhab gereja Katolik Rom, Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental dan Anglikan menganggap Peter sebagai seorang santo; para penganut Katolik terutamanya menganggap Paus sebagai pengganti Peter dalam mengetuai hal keagamaan - maka kerana ini, paus adalah ketua bagi semua uskup dalam mazhab jni. Gereja Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental juga mengiktiraf Uskup Rom sebagai pengganti Santo Peter dan mereka menghantar delegasi ke Rom setiap tahun untuk merayakan hari kebesarannya. Dalam karya seni, beliau selalu digambarkan memegang kunci kepada kerajaan langit (ditafsirkan oleh penganut Katolik sebagai simbol kedudukan utama beliau dalam gereja), sebagaimana dalam Matthew 16:19.Bible menceritakan Peter merupakan orang yang bertanggungjawab membuka agama Kristian kepada mereka yang bukan berbangsa Yahudi. Perkara ini penting kerana sebelum ini hanya orang Yahudi sahaja boleh menganut agama Kristian.Santo Peter merupakan pemimpin pertama masyarakat Kristian awal untuk sekurang-kurangnya 34 tahun. Pada waktu itu perkataan Paus (Pope) atau "Papa" tidak digunakan untuk nama pemimpin Gereja Roman Katolik yang pada masa itu hanya ada satu Gereja Kristian.

Santo_Peter

Lahir c. 1
Bethsaida
Meninggal 64
Rome, dengan disalib
Atribut Kunci ke Kerajaan Langit, pallium, jubah paus, lelaki yang disalib terbalik, berpakaian seperti hawari, memegang buku atau skrol. Beliau digambarkan dengan jambang lebat putih dan rambut putih
Dihormati oleh Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks Timur, Gereja Anglikan, Ortodoks Oriental
Tempat keramat Basilika Santo Peter
Hari perayaan perayaan utama (dengan Paul si Hawari) 29 Jun (Gereja Katolik Rom, Gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental, Gereja Anglikan)
Kerusi St Peter di Rome 18 Januari (Pra-1960 Kalendar Roman)
Kerusi St Peter 22 Februari (Gereja Roman Katolik)
St Peter dalam Chains 1 Ogos (pra-1960 Kalendar Roman)
Naungan Lihat St. Peter's Patronage