Sapawi_Ahmad
Sapawi_Ahmad

Sapawi_Ahmad

Datuk Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad [1] merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Ahli Parlimen Sipitang ini pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri kepada tujuh orang Ketua Menteri Sabah. Kualiti kerja beliau disenangi oleh Ketua-Ketua Menteri .Sapawi boleh diibaratkan ensiklopedia bergerak mengenai Ketua-Ketua Menteri Sabah. Geografi kawasan Sipitang agak unik, terletak di selatan negeri Sabah, ia bersempadan dengan Sarawak (Lawas) dan Kalimantan (Indonesia).Sipitang juga adalah laluan utama ke Brunei melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Jaraknya dari bandaraya Kota Kinabalu ialah kira-kira 144km manakala dari Beaufort adalah 44 km. Di daerah Sipitang, terdapat beberapa suku kaum dan antara suku kaum yang menetap di daerah tersebut adalah Etnik Melayu (suku Kadayan serta Brunei), Lun Bawang/Lundayeh, Murut dan Cina.Sipitang juga terkenal sebagai penganjur Pesta Gasing dan Tamu Besar atau lebih dikenali dengan nama Pesta GATA, yang diadakan dua tahun sekali.