Saraf
Saraf

Saraf

Saraf merupakan berkas akson yang menyerupai wayar kabel dan tertutup (unjuran langsing, panjang bagi neuron) di dalam sistem saraf periferi. Saraf menyediakan suatu laluan untuk proses impuls saraf elektrokimia yang dihantar di sepanjang suatu akson ke organ periferi. Dalam sistem saraf pusat, struktur analoginya dikenali sebagai salur.[1][2] Neuron kadangkala dipanggil sebagai sel-sel saraf, walaupun istilah ini boleh mengelirukan kerana kebanyakkan neuron tidak membentuk saraf dan saraf juga sebahagian daripada sel Schwann bukan neuron yang menyaluti akson di dalam mielin.