Sarin
Sarin

Sarin

Sarin, atau GB, ialah sebuah sebatian organofosforus yang memiliki formula [(CH3)2CHO]CH3P(O)F. Ia cecair yang tak berwarna dan tidak berbau,[4] yang digunakan sebagai senjata kimia oleh sebab potensinya (kemujaraban) sebagai sebuah agen saraf. Sarin diklasifikasikan sebagai sebuah senjata pembunuh beramai-ramai[5] dalam Resolusi 687 PBB. Pembuatan dan penyimpanan sarin diharamkan Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention, CWC) tahun 1993 yang mengklasifikasikan sarin sebagai bahan Jadual 1 Konvensyen.Sarin dapat membunuh walaupun pada konsentrasi yang amat rendahmdash;ia membunuh dalam masa seminit selepas pendedahan langsung ataupun selepas termakan dos maut akibat kelemasan berikutan pelumpuhan otot paru-paru jika tidak cepat diubati dengan penawar, lazimnya atropin atau Biperiden dan pralidoxime[4]Mangsa yang menyerap dos yang tidak membawa maut yang tidak mendapat rawatan segera pun akan mengalami kecederaan saraf yang kekal.

Rujukan

WikiPedia: Sarin http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.7583.... http://www.csmonitor.com/USA/DC-Decoder/2013/0426/... http://gestis-en.itrust.de/nxt/gateway.dll?f=templ... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=FP(... http://www.bt.cdc.gov/agent/sarin/basics/facts.asp http://www.cdc.gov/niosh/ershdb/EmergencyResponseC... http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10353814 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10877003