Sarjan

Sarjan ialah satu pangkat yang digunakan di dalam suatu bentuk oleh kebanyakan tentera, polis dan juga badan berseragam di seluruh dunia. Maksud asalnya daripada bahasa Latin: serviens, "orang yang berkhidmat", menerusi bahasa Perancis: Sergent.Di dalam kebanyakan tentera, pangkat sarjan berhubungkait dengan pemerintahan sebuah skuad (atau seksyen). Bagaimanapun di dalam tentera negara komanwel, ia adalah satu pangkat yang lebih kanan, yang berhubungkait dengan sebuah penolong platun. Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, sarjan merupakan satu pangkat yang lebih rendah, berhubungkait dengan penolong satu skuad, manakala di dalam Kor Marin Amerika Syarikat seorang sarjan mempunyai pemerintahan sepenuhnya di dalam sebuah skuad.Pangkat yang lebih kanan lazimnya merupakan kelainan terhadap sarjan, sebagai contoh staf sarjan, sarjan udara dan sarjan mejar.