Sastera_Parsi
Sastera_Parsi

Sastera_Parsi


Kesusasteraan Parsi (Parsi: ادبیات پارسی) merupakan antara kesusasteraan yang tertua di dunia yang berumur 2 ribu tahun. Namun begitu, kebanyakan sastera-sastera Parsi sebelum kedatangan Islam telah pun hilang ditelan zaman. Sumber sastera berasal daripada negara-negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Parsi, iaitu Iran an beberapa negara di Asia Tengah, Asia Barat Daya dan Asia Selatan. Jalaluddin Muhammad Rumi contohnya merupakan seorang sasterawan Parsi yang hidup di Konya, Turki. Ketika itu, Konya merupakan ibu kota kerajaan Seljuk. Kerajaan Parsi Ghaznavid pula pernah menakluki banyak wilyah di Asia Tengah dan Asia Selatan, menghasilkan banyak karyawan-karyawan Parsi di Afghanistan, Pakistan, India dan Asia Tengah. Tidak semua karya Parsi ditulis dalam Bahasa Parsi. Terdapat juga beberapa hasil tulisan bangsa Parsi dalam Bahasa Arab dan Bahasa GreekKarya Parsi tertua bertarikh 650 SM, merupakan sebuah inskripsi yang dikarang ketika wangsa Achaemenid. Kebanyakan karya Parsi bertarikh selepas kedatangan Islam atau di mana bangsa Parsi telah memluk Islam. Ketika zaman pemerintahan Abasiyah, kesusasteraan berkembang dengan pesatnya. Bangsa Parsi mula menerbitkan karya dalam Bahasa Parsi dan Bahasa Arab. Sasterawan-sasterawan Parsi seperti Sa'di, Hafez, Rumi dan Omar Khayyam merupakan antara sasterawan yang terkenal di dunia dan banyak mempengaruhi dunia sastera.