Satu_(album_Elyana)
Satu_(album_Elyana)

Satu_(album_Elyana)

Album sulung bagi penyanyi Elyana ini diterbitkan oleh FMC setelah kejayaan penyanyi ini menempa nama dalam tempoh singkat menerusi single pengenalan berjudul Niat pada tahun 2001. Memandangkan usia Elyana ketika ini baru 15 tahun, konsep album ini menjurus kepada pop dan balada sahaja biarpun Elyana sendiri mempunyai perancangan hala tuju karier muziknya sendiri. Album ini diterbitkan bersama oleh Patrick Kamis dan Ajai. Menariknya mengenai album ini adalah semua judul lagunya adalah dalam satu patah perkataan sebagai lambang percubaan pertama Elyana di persada seni.Album ini terjual sebanyak 30,000 unit di mana dua single utama mendapat tempat di stesen radio tempatan. Elyana memenangi anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dan dicalonkan di Anugerah Era.

Satu_(album_Elyana)

Dikeluarkan pada 7 Februari 2002 (2002-02-07)
Penerbit Ajai
Patrick Kamis
Dirakam pada 2001-2002
Genre Pop
Syarikat Fantasia Music City (FMC)