Saurya_Airlines

Saurya Airlines Pvt. Ltd (Bahasa Nepal: सौर्य एयरलाईन्स) ialah sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Kathmandu, Nepal. Sehingga Ogos 2017, syarikat penerbangan itu berkhidmat dengan lima destinasi di tiga wilayah Nepal dari habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Saurya Airlines mengendalikan sebuah pesawat CRJ 200. Saurya Airlines adalah syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan Jet Regional Canadair di Nepal, syarikat ini juga menjadi syarikat penerbangan kedua di Nepal selepas Cosmic Air yang mengendalikan pesawat enjin jet di laluan domestik.

Berkaitan