Scha_Al-Yahya
Scha_Al-Yahya

Scha_Al-Yahya

Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, peragawati dan jurucakap produk Malaysia. Beliau mula dikenali ramai selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular. Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).Bagi kerjayanya sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan program TV termasuk Sehati Berdansa, Muzik-Muzik dan Gempak Superstar. Sebagai jurucakap produk, Scha telah menjadi duta dan jurucakap bagi produk seperti Carefree, Rexona, Yakult, Watsons dan Bio Essence. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan bagi kerjaya televisyen dan filem termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Skrin.

Rujukan

WikiPedia: Scha_Al-Yahya http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/St... http://www.budiey.com/drama-lemas-dalam-cinta-lako... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.budiey.com/sekitar-pelancaran-drama-onl... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4362081/ http://www.karangkraf.com/cmlink/media-hiburan/tre... http://peraktoday.com/wp/?p=28899 http://www.perekacerita.com/2013/08/sweet-lola-tv9... http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al...