Bahasa Scotland

Bahasa Inggeris, Bahasa Gaelik Scotland dan Bahasa Scotland merupakan bahasa rasmi di Scotland. Namun begitu, Bahasa Inggeris ialah bahasa utama. Kebanyakan orang Scotland bertutur dengan Bahasa Inggeris yang berloghat Scotland.

Bilangan penutur Bahasa Gaelik telah merosot ke kira-kira 1% daripada jumlah penduduk. Penggunanan Bahasa Gaelik adalah terhad di kawasan tanah tinggi dan kepulauan Scotland, contohnya, Kepulauan Western. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memupuk penggunaan Bahasa Gaelik, seperti rancangan television dalam Bahasa Gaelik dan sebagainya.

30% daripada jumlah populasi dianggar berupaya berbahasa Scotland.