Seattle adalah
bandar pelabuhan dan terbesar di barat laut
Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di negeri
Washington di antara
Puget Sound dan
Tasik Washington, lebih kurang 180 km dari selatan sempadan
Kanada-Amerika Syarikat. Kawasan Seattle sudah didiami manusia sejak 4,000 tahun
[1], akan tetapi penempatan bangsa Eropah hanya bermula pada pertengahan kurun ke-19. Penempatan tetap kulit putih yang pertama terbentuk dengan kedatangan kumpulan yang diketuai oleh Arthur A. Denny pada
13 November 1851. Penempatan-petempatan awal di kawasan ini dipanggil "New York-Alki" ("Alki" bermaksud "bye and bye" dalam bahasa kaum pribumi Amerika Syarikat
Chinook) dan "Duwamps". Pada tahun 1853, Doc Maynard mencadangkan nama "Seattle", yang diambil dari nama Inggeris salah seorang ketua kaum pribumi tempatan.Bandar ini mempunyai populasi seramai 582,174 (2006) dan 3.2 juta bagi kawasan metropolitan. Kawasan metropolitan Seattle dikenali sebagai Puget Sound, juga termasuk Tacoma, Bellevue dan Everett. Dari tahun 1869 sehingga 1982, Seattle dikenali sebagai "Kota Permaisuri"
[2]. Kini, bandar ini secara rasmi diberi nama "Kota Zamrud", yang merujuk kepada kehijauan kawasan persekitaran. Seattle juga dikenali sebagai "Gerbang ke Alaska", "Kota Hujan" dan "Kota Jet" kerana di sini juga terletak ibu pejabat
Boeing. Syarikat lain yang beribu pejabat di sini adalah gergasi perisian komputer
Microsoft dan kedai kopi
Starbucks.Seattle menjadi tuan rumah kepada sidang
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada tahun 1999 yang menyaksikan demonstrasi
anti-globalisasi. Bandar ini juga terkenal sebagai tempat kelahiran budaya
grunge.Ikon bandar ini yang paling terkenal adalah menara
Space Needle yang didirikan pada tahun 1962. Space Needle sering dilihat dalam siri TV seperti
Frasier,
Grey's Anatomy serta filem-filem seperti
Sleepless in Seattle.