Segalanya_(lagu)
Segalanya_(lagu)

Segalanya_(lagu)

Segalanya adalah lagu saduran kepada lagu Inggeris nyanyian penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey yang berjudul My All. Lagu ciptaan asal Mariah Carey & Walter Afanasieff yang kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Loloq ini dinyanyikan secara langsung oleh 4 orang finalis kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album di Anugerah Industri Muzik ke-11 pada April 2004. 4 finalis tersebut ialah penyanyi wanita tersohor Malaysia iaitu Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Liza Hanim dan Ning Baizura. Seorang lagi finalis kategori tersebut iaitu Ziana Zain pada mulanya menarik diri daripada membuat persembahan dan digantikan oleh seorang lagi penyanyi terkenal, Misha Omar.