(
Tulisan Jawi: سجاره اينديا) Perteduhan batu-batu
Zaman Batu yang dihiasi lukisan di
Bhimbetka,
Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India. Pendudukan tetap terawal yang dikenali muncul lebih 9,000 tahun dahulu dan lambat launnya berkembang menjadi
Tamadun Lembah Indus,
[1] sejak 3300 SM di India barat, diikuti oleh
Tamadun Veda yang memberi asas kepada penubuhan
agama Hindu dan aspek-aspek budaya yang lain dalam masyarakat India purba. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagai
Mahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.
[2]Empayar yang dibina
Dinasti Maurya di bawah Maharaja
Asoka menyatukan kebanyakan kawasan
Asia Selatan pada abad ke-3 SM.
[4] Sejak 180 SM, menyusulnya serangan berturut-turut dari
Asia Tengah, termasuk yang dibawa oleh orang
Indo-Greek,
Indo-Scythia,
Indo-Parthia dan
Kushan di bahagian barat laut
Subbenua India. Sejak abad ke-3 M,
Dinasti Gupta menyaksikan zaman yang dikatakan sebagai "
Zaman Keemasan India."
[5][6] Sementara bahagian utara mempunyai sebilangan kecil kerajaan besar, India selatan pula mengalami beberapa dinasti seperti kerajaan
Rashtrakuta,
Chalukya,
Pallava dan
Chola, yang bertindan zaman dan wilayahnya.[
perlu rujukan] Ilmu
sains, kejuruteraan,
kesenian,
sastera,
astronomi, dan
falsafah berkembang di bawah naungan raja-raja ini.Berikutan serangan dari Asia Tengah antara abad ke-10 dan ke-12, kebanyakan India utara tertakluk di bawah pemerintahan
Kesultanan Delhi, dan kemudiannya
dinasti Mughal. Maharaja-maharaja Mughal beransur-ansur mengembangkan kerajaan mereka untuk meliputi bahagian besar subbenua. Bagaimanapun, beberapa negara pribumi seperti
Empayar Vijayanagara berkembang maju, terutamanya di selatan. Pada abad ke-17 dan ke-18, keagungan Mughal merosot dan giliran
Empayar Maratha untuk mendominasi. Sejak abad ke-16, beberapa negara
Eropah, termasuk
Portugal,
Belanda,
Perancis, dan
United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan
jajahan di India. Menjelang tahun 1856, kebanyakan India tetakluk di bawah kawalan
Syarikat Hindia Timur Inggeris.
[7] Setahun kemudian, satu pemberontakan oleh unit-unit tentera dan kerajaan-kerajaan di seluruh negara, yang bergelar
Perang Kemerdekaan India Pertama atau Pemberontakan Sipahi mencabar pemerintah British dengan serius tetapi akhirnya gagal. Akibatnya, India tertakluk di bawah kawalan langsung Mahkota British sebagai sebuah jajahan
Empayar British.Pada separuh pertama abad ke-20, satu
perjuangan kemerdekaan peringkat kebangsaan dilancarkan oleh
Kongres Kebangsaan India dan pertubuhan politik yang lain. Berjuta-juta penunjuk perasaan di bawah pimpinan
Mahatma Gandhi dan menunjukkan komitmen kepada
ahimsa atau tiada keganasan, terlibat dalam kempen
keingkaran awam beramai-ramai.
[8] Akhirnya, pada
15 Ogos 1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya
dipecahkan untuk memenuhi hasrat
Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan
negara-bangsa Islam iaitu
Pakistan.
[9] Tiga tahun kemudian, pada
26 Januari 1950, India menjadi sebuah republik, dan satu
perlembagaan baru dikuatkuasakan.
[10]Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya. India masih menghadapi pertikaian wilayah yang belum diselesaikan dengan China yang mencetuskan
Perang China-India yang singkat pada tahun 1962; dan juga dengan Pakistan, yang mengakibatkan peperangan pada tahun
1947,
1965,
1971 dan
1999. India ialah sebuah negara ahli pengasas
Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sebagai sebahagian India British). Pada tahun 1974, India menjalankan
ujian nuklear bawah tanah.
[11] Ini disusuli pula dengan
lima lagi ujian pada tahun 1998, menjadikan India sebuah
negara nuklear.
[11] Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi penting
[12] telah mengubah wajah India sebagaisalah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.
[13]