Sejarah_fizik
Sejarah_fizik

Sejarah_fizik

Pertumbuhan fizik bukan sahaja membawa perubahan asas terhadap gagasan manusia mengenai dunia kebendaan, matematik, dan falsafah tetapi juga, melalui teknologi, membawa suatu perubahan masyarakat. Bidang fizik kini dianggap sebagai kedua-dua pengetahuan serta amalan yang menghasilkan dan menghantarnya. Revolusi saintifik yang bermula pada sekitar tahun 1600 merupakan suatu sempadan yang sesuai antara pemikiran kuno dan fizik klasik. Tahun 1900 menandakan permulaan fizik yang lebih moden. Pada hari ini, bidang fizik masih belum menunjukkan sebarang isyarat penghabisan, dengan semakin banyak persoalan ditimbulkan. Antara soalan-soalannya termasuk usia alam semesta, sifat vakum, serta sifat zarah-zarah subatom. Fizik hanya boleh membekalkan teori-teori separa pada masa ini. Senarai masalah fizik yang belum diselesaikan amat panjang.