Sejarah_semula_jadi
Sejarah_semula_jadi

Sejarah_semula_jadi

Sejarah semula jadi ialah penyelidikan saintifik tumbuhan atau haiwan, yang lebih megarah kepada kaedah pencerapan berbanding uji kaji, dan merangkumi lebih banyak penyelidikan yang diterbitkan dalam majalah sains berbanding jurnal akademik.[1] Digolongkan dalam sains semula jadi, sejarah semula jadi ialah pengajian sistematik mana-mana kategori objek atau organisma semula jadi.[2] Ini merupakan penggolongan yang agak luas.Orang yang mengkaji sejarah semula jadi dikenali sebagai ahli alamiah atau "ahli sejarah semula jadi".