Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Jempol
Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Jempol

Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Jempol

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri Sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.