Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Kubang_Pasu


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu atau nama ringkasnya SBPI Kubang Pasu, merupakan sebuah Sekolah integrasi yang terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam.Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu memiliki 238 pelajar lelaki dan 264 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 502 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (i-KUPs) adalah sekolah berasrama penuh yang ke-54 dan SBP Integrasi yang ke-12 di Malaysia. Sekolah ini berada dalam daerah Kubang Pasu di Bukit Kayu Hitam, Kedah terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand.Selari dengan matlamat sekolah berasrama penuh, i-KUPs menawarkan sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti kepada para pelajarnya. Program-program pendidikan i-KUPs disusun rapi dengan menggabungkan aspek kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum secara bersepadu. Pada Februari 2011, i-KUPs telah dianugerahkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Kubang_Pasu

Jenis sekolah Sekolah integrasi, Sekolah kerajaan
Faks 6049222707
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Jainon Binti Ngaini
Pengetua Haris Ganae Bin Nainar
Kod sekolah KRA4001
Singkatan i-KUPs
Laman sesawang Www.sbpikp.edu.com
Ditubuhkan (2004-07-04) 4 Julai 2004 (umurĀ 15)
Moto Cemerlang Gemilang Terbilang
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Hisyamudin Bin Khamis
Nombor sekolah 6049222701