Sekolah_Kebangsaan_Jitra
Sekolah_Kebangsaan_Jitra

Sekolah_Kebangsaan_Jitra

Sekolah Kebangsaan Jitra telah dibina pada tahun 1905. Ia terletak di tengah-tengah bandar Jitra, Kedah yang pesat membangun. Ia juga bertentangan dengan pusat kesihatan Jitra dan bersebelahan dengan pasaraya besar besar iaitu "Jitra Mall".Sekolah Kebangsaan Jitra terletak di tengah-tengah bandar Jitra yang merupakan sebuah bandar satelit yang sedang pesat membangun. Sekolah yang dibangunkan sejak lebih seratus tahun yang lalu sedang dihimpit oleh pembangunan pesat bandar Jitra. Sekolah Kebangsaan Jitra terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Alor Setar dan 30 km dari bandar Kangar. Manakala jarak dari sempadan Thailand pula kira-kira 30 km.Akibat penambahan penduduk, 2 lagi sekolah dibina (Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Sekolah Kebangsaan Jitra 2). Dahulunya, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu terletak di dalam kawasan sekolah ini.