Sekolah_Kebangsaan_Penghulu_Baya_Mallang


Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang atau nama ringkasnya SK Penghulu Baya Mallang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Long Terawan, Tutoh, Baram.Pada 2016, Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang memiliki 5 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 17 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru 100% siswazah.2011SK Penghulu Baya Mallang, ditubuhkan pada tahun 1965 oleh penduduk Kampung Long Terawan dengan usaha gigih Ketua Masyarakat , Penghulu Baya Mallang (selepas itu Temenggong). Operasi sekolah bermula dengan sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah/rumbia yang didirikan secara gotong royong. Ia beroperasi secara rasmi pada tahun 1966 dengan enrolmen seramai 42 orang murid. Pada tahun yang sama serama 32 orang murid dari Kampung Long Panai telah ditarik masuk untuk mengisi kelas Tahun 3 dan Tahun 4. Encik Melai Usang yang ketika itu selaku Guru Besar di SRK Long Panai telah dipindahkan ke SRK Penghulu Baya Mallang dan seterusnya menjadi Guru Besar pertama dengan dibantu oleh 2 orang guru.Atas masalah lokasi yang selalu dilanda banjir, maka pada tahun 1980, SK Penghulu Baya Mallang telah dipindahkan ke tapak baru dengan bantuan Syarikat pembalakan, Baya Lumber. Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru berdiri megah dengan tiga blok rumah guru. Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada Sabtu, 5 Disember 1981 oleh YB Encik Robert Jacob Ridu, Menteri Muda Perhubungan dan Kerja Raya SarawakDilihat dari segi pencapaian akademik, SKPBM menunjukkan pencapaian pada tahap sederhana, di mana keputusan peperiksaan awam selalu turun naik. Untuk lima tahun kebelakangan ini, pencapaian adalah seperti berikut:2007 - 75%, 2008- 66%, 2009 - 25%, 2010 - 83.3%.MISI sekolah "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" manakala VISI sekolah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang".

Sekolah_Kebangsaan_Penghulu_Baya_Mallang

Jenis sekolah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru besar Encik Edward Selige
Faks TIADA
GPK Pentadbiran dan Akademik Encik Lorenzo Joudery
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Adi Izdihar Ibrahim
Kod sekolah YBB4349
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Aidil Rahimi Che Da
Nombor sekolah TIADA