Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Bentong

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SMAP Bentong) atau lebih dikenali sebagai SUPERB (berasal daripada Sekolah Ugama Persekutuan Bentong) (Bahasa Arab: المعهد الإسلامي الفدرالي بنتوغ; Bahasa Inggeris: Bentong Federal Islamic Secondary School) ialah Sekolah Berasrama Penuh ketujuh dan Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Pahang Darul Makmur. Sekolah ini ialah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) yang pertama ditubuhkan di Pahang dan yang ketiga di Malaysia selepas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Di samping itu, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong ialah Sekolah Berasrama Penuh yang pertama dan sekolah perintis dalam melaksanakan Program oleh Kementerian Pelajaran (Malaysia) iaitu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2014 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', SMAP Bentong bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di SMAP Bentong.

Sekolah_Menengah_Agama_Persekutuan_Bentong

Jenis sekolah Sekolah Berasrama Penuh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Wan Bukhori bin Wan Adnan
Pengetua Datin Rahimawati binti Ibrahim
Singkatan SUPERB
Kemasukan 2012
Slogan SUPERB Melangkaui Kecemerlangan
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Mukhtar bin Ab. Rani
Pengerusi PIBG Dr Nasaruddin bin Abdullah
Moto SUPERB Unggul Pencetus Reformasi Berintegriti