Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Air_Tawar
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Air_Tawar

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Air_Tawar

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar merupakan sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 dan ditadbirkan oleh seorang Penyelia. Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Air Tawar dengan menggunakan lambang sekolah sendiri. Pada tahun ini sekolah ini mula ditadbir oleh seorang pengetua. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat pertama kalinya di sekolah ini. Pelajar yang lulus dan mampu telah dihantar ke Sekolah Menengah Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan 4 dan 5.Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Air Tawar yang bertempat di FELDA Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke FELDA Air Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya sekolah ini dibina di atas sebuah tapak seluas 13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 buah bangunan, sebuah bengkel dan sebuah kantin. Pada tahun 1983, sekolah ini dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad,, Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 29 Jun 1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Pada tahun 2009, sekolah ini telah ditambah dua bangunan tiga tingkat untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Tujuan seterusnya ialah untuk mengadakan satu sesi iaitu hanya sidang pagi sahaja. Sehingga 2006 seramai 10 orang pengetua dan 2 pemangku pengetua telah bertugas mentadbir sekolah ini iaitu:

Kemudahan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar adalah seperti berikut:-

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Air_Tawar

Jenis sekolah Bantuan Kerajaan
Faks 07-8933313
Pengetua En. Farzeli Bin Che Mat Mustafa
Kod sekolah JEA 3042
Singkatan SMKAT
Laman sesawang http://www.smkat.kotatinggi.edu.my/v1
Kemasukan 1974
Ditubuhkan 1974
Moto Hidup Berilmu
Nombor sekolah 07-8931980