Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bandar_Penawar
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bandar_Penawar

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bandar_Penawar

SMK Bandar Penawar (SMKBP)(Rujuk Google Map N1°33'44.55" E104°13'44.13") terletak di Jalan Desaru, Bandar Penawar iaitu 5 kilometer dari Pantai Peranginan Desaru dan 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi, Johor. Bangunan sekolah ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Sekolah-sekolah berhampiran adalah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) (dulu dikenali sebagai Sekolah Sukan (Malaysia) Bandar Penawar) dan Sekolah Agama (Johor) Bandar Penawar .SMKBP mula ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada peringkat awal pembukaan, sesi persekolahan penggal pertama bermula pada 1 Disember setiap tahun jumlah murid semasa sekolah dibuka iailah seramai 103 orang yang terdiri daripada murid tingkatan satu dari Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar dan murid tingkatan 2 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi. Jumlah guru semasa sekolah dibuka iailah 7 orang.Jawatan Pengetua disandang oleh Tn Haji Mahjom bin Hj Sarwen, manakala En Afandi bin Ngadiman menjawat jawatan sebagai GPK Pentadbiran dan Pn Hjh Norseha binti Manaf menjawat jawatan GPK HEM.Pada 1996, kelas tingkatan tiga dimulakan dan pada 1997, kelas tingkatan empat aliran sastera ikhtisas dan kemanusiaan pula ditubuhkan. Murid yang meneruskan pengajian di tingkatan empat aliran sains tulen berpindah ke SMK Bandar Mas. Pada 1997, kelas tingkatan lima aliran sastera dan kemanusiaan diwujudkan. Kumpulan pertama murid SMKBP telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1996 iaitu seramai 72 orang. Manakala peperiksaan SPM pula pada tahun 1998 iaitu seramai 30 orang murid.SMK Bandar Penawar dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-6 di atas kawasan seluas 20.251 ekar dengan bangunan asal terdiri daripada empat buah blok bangunan tiga tingkat, satu buah bangunan kantin, dan satu buah bangunan Bengkel Sains Pertanian. Selain itu, SMKBP dilengkapi juga dengan satu unit pencawang elektrik, satu unit tangki air bomba dan satu unit bekalan gas untuk Makmal Sains. Kini, SMKBP juga telah dilengkapi dengan sebuah bangunan Makmal Komputer dan telah mula beroperasi pada pertengahan 2005. Selepas kepimpinan Pn. Sarilah binti Ngadino, diikuti En. Azman bin Abd Rahman, Tn. Hj. Baharum bin Hj. Ahmad, Pn. Hjh. Noraaini binti Hashim dan kini SMKBP diterajui oleh Tn. Haji Ishak Bin Mahpoz hingga sekarang.

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Bandar_Penawar

Faks 6078222210 emel: smkbpjohor@yahoo.com
Kod sekolah JEA 3049
Pengetua Haji Ishak Bin Mahpoz
Singkatan SMK Bandar Penawar
Pengerusi PIBG Haji Matriffin bin Md Amin (sesi 2015/2016)
Moto "Disiplin Ilmu Amal"
Nombor sekolah 6078222210