Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Buyong_Adil
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Buyong_Adil

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Buyong_Adil


Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil atau nama ringkasnya SMK Buyong Adil, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelab.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil memiliki 394 pelajar lelaki dan 378 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 772 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil diasaskan pada tahun 1923 oleh W.C. Horley dan dikenali sebagai Government English Secondary School (GESS), Tapah. Tapak asalnya ialah di SK (1), Jalan Hospital, Tapah dan telah berpindah ke tapaknya sekarang di Jalan Kelab pada tahun 1958. Pendaftaran Peperiksaan Junior Cambridge pertama pada tahun 1926 diikuti Senior Cambridge Pertama Tahun 1952. Namanya ditukar kepada SM Buyong Adil Tapah yang disempurnakan oleh Dato’ Abdul Rahman B. Yaakob, Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Ia mengambil sempena nama tokoh sejarawan tempatan iaitu Haji Buyong B. Adil.Detik paling bersejarah sekolah ini ialah apabila pasukan hoki sekolah ini (GESS) telah memenangi Merdeka Inter-School Hockey Championships pada tahun 1957 dengan mengalahkan sekolah - sekolah ternama yang lain atas berkat usaha didikan pengetua masa tersebut En. Utam Singh. Dibawah Rancangan Malaysia ke-9, beberapa bangunan asal sekolah telah dirobohkan dan didirikan sebuah blok pentabiran 2 tingkat dan masing-masing blok 4 dan 2 tingkat bagi kegunaan bilik darjah. Bangunan-bangunan tersebut siap dibina pada tahun 2010. Hampir semua bangunan lama dirobohkan kecuali simbol GESS TAPAH pada tembok dikekalkan bagi nilai sejarahnya.LAGU SEKOLAH-Berdiri teguh berpadu-Junjung ilmu bergerak maju-Pelajaran dan sukan di tuju-Budi bahasa pemandu-Hiduplah terus berjasa-Berkorban sepanjang masa-Penuntut, guru, ibu dan bapa-Berjanji taat setia-Panduan cogan ini-Berdikari berbakti-Ingatlah cogan ini-Berdikari berbakti