Pencapaian Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Dato'_Ahmad_Maher

Pada 1 Februari 1998, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Gred A.

Pada 2011, pelajar MAHER berjaya mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan piza terbesar di Malaysia.

Pada 2012, pelajar Tingkatan 3 MAHER mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan barisan kek cawan terpanjang di Malaysia. Pada tahun yang sama juga, 55 orang pelajar berjaya mendapat semua A dan 9 orang daripadanya berjaya memperolehi semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada 2013, pelajar SMK Dato' Ahmad Maher dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records setelah mereka berjaya menanam 1,252 ranting karang di Pulau Perhentian, Terengganu.