Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Iskandar_Shah,_Jasin
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Iskandar_Shah,_Jasin

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Iskandar_Shah,_Jasin

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (dikenali sebagai SMKIS) ialah sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas lebih kurang 20 ekar. SMKIS merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2010, SMKIS muncul sebagai sekolah terbaik dalam PMR 2010 apabila seramai 67 orang mendapat 8A dan 17 orang mendapat 7A, manakala pada tahun 2011, seramai 65 orang mendapat straight A (termasuk 8A dan 7A). Bagi mengekalkan prestasi ini, SMK Iskandar Shah masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah di negeri Melaka. Sekolah ini berjaya menjadi sekolah kluster kecemerlangan menjelang tahun 2015.

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Iskandar_Shah,_Jasin

Jenis sekolah Sekolah Menengah Berasrama (Aspuri)
Faks (+6)06-5295924
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Abdul Ghani
Pengetua Tuan Haji Zolkaply bin Haji Yunus, DSM
Singkatan S.M.K.I.S / S.I.S
Kemasukan Tingkatan 1 - Tingkatan 5 (Berlian, Geliga, Zamrud, Intan, Delima, Nilam, Mutiara) dan Tingkatan 6 (Pra-Universiti)
Laman sesawang Laman SMK Iskandar Shah
Ditubuhkan (1961-01-02) 2 Januari 1961 (umurĀ 59)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En AMRAN GAZALI
Moto "Usaha Tangga Kejayaan"
Nombor sekolah (+6)06-5291266

Berkaitan