Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ulu_Kinta
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ulu_Kinta

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ulu_Kinta

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta atau nama ringkasnya SMK Ulu Kinta, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak dalam mukim Ulu Kinta, Perak. Kedudukan sekolah adalah di antara Institut Perguruan Ipoh dan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Bridged Utara. Pusat bandaraya Ipoh berjarak 23 km dari sekolah ini manakala pekan Tanjung Rambutan berjarak 5 km sahaja. Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta memiliki 764 pelajar lelaki dan 821 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1585 orang. Ia mempunyai seramai 104 orang guru.2009Sekolah ini dapat menampung bilangan pelajar melebihi 2000 orang. Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada majoriti pelajar Melayu dan minoriti kaum lain seperti Cina, India dan orang Asli serta pribumi Sabah dan Sarawak.Sebahagian pelajarnya adalah anak-anak polis dari PGA dan pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan.

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ulu_Kinta

Jenis sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Faks 605-533 0445
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn. Haji Syed Hashim Wafa bin Syed Haris Wafa
Pengetua Tn. Haji Abdul Razak bin Hassan (2016)
Kod sekolah AEA2302
Ditubuhkan 1975
Pengerusi PIBG En. Mohd Zan bin Bohari
Moto Berusaha Beramal Berjaya
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Mohamad Ishak bin Mohamad
Nombor sekolah 605-533 1363