Sekolah_Menengah_Sains_Bagan_Datoh
Sekolah_Menengah_Sains_Bagan_Datoh

Sekolah_Menengah_Sains_Bagan_Datoh

Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh atau akronimnya SABDA ialah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bertempat di Bagan Datuk, Perak. Sekolah ini telah dibuka dan beroperasi pada 12 Mei 2009 (Selasa). Nama sekolah ini bersempena dengan nama tempat berdirinya sekolah ini sendiri iaitu daerah Bagan Datuk. Sekolah ini terletak lebih kurang 1.5 kilometer daripada pekan Bagan Datuk. Keluasan bagi sekolah ini adalah seluas 50 hektar namun, hanya 25 hektar sahaja yang digunakan setakat ini dan selebihnya akan dirancang dengan projek-projek tertentu sebagai salah satu kemudahan bagi SABDA. Antara idea-idea projek yang menjadi buah fikiran pengetua SABDA yang pertama, Tuan Haji Mohd. Ardani bin Yunos ialah SABDA Eco Park, Padang Ragbi Utama SABDA dan lain-lain lagi. Baginya, projek-projek seperti ini semestinya memberi manfaat kepada generasi SABDA pada masa akan datang selaras dengan sekolah bergelar Sekolah Berasrama Penuh.Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia mula beralih pandang kepada SABDA selepas berjaya mencapai Gred Purata Sekolah 1.6 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang lalu. Pencapaian ini melibatkan sebanyak 46 orang mencapai 9A termasuk 5 orang 9A+ menyebabkan SABDA berada pada tangga pertama dalam Hilir Perak dan ketiga dalam negeri Perak. Bukan itu sahaja, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 juga menunjukkan pencapaian yang hebat yang mana sebanyak 106 orang mencapai 8A dengan Gred Purata Sekolah 1.06.Pencapaian ini terus berkembang dengan jayanya sehinggalah pada tahun 2014, SABDA diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang mana SABDA antara salah satu sekolah yang terawal menerima anugerah seperti ini sejak penubuhannya. Kebitaraan bagi SABDA ialah Bahasa Melayu dan Kebudayaan.

Sekolah_Menengah_Sains_Bagan_Datoh

Diasaskan 12 Mei 2009[1]
Bahasa Malay , English
Afiliasi Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Rumah-rumah Ruby (Merah), Turquoise (Biru), Citrine (Kuning), Emerald (Hijau), Amethyst (Ungu), Amber (Oren)
Buku tahunan CITRA SABDA
Jantina Lelaki & Perempuan
Julat umur 13 - 17
Kod sekolah SMSBD (formerly SMSBDA)
Pengetua Tuan Haji Kamarularipin bin Jaafar
Gred Tingkatan 1 - 5
Warna      Blue
     Red
     Yellow
Bilik kelas Battutah, Khaldun, Rushd, Sina, Zuhr,
Laman sesawang www.sabda.edu.my
Jumlah penuntut approx. 700
Slogan SABDA Unggul Terbilang
Moto Unggul Terbilang
Jenis Fully Residential School