Sekolah_Menengah_Sains_Kubang_Pasu
Sekolah_Menengah_Sains_Kubang_Pasu

Sekolah_Menengah_Sains_Kubang_Pasu

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu atau lebih dikenali sebagai KUPSIS merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dibina dalam pakej Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terletak di Batu 19, Jalan Kodiang dalam Mukim Putat, Jitra, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah sawah berkeluasan 25 hektar. Sekolah ini mula dibina pada 11 Mac 2007 dan diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya bagi pihak Kerajaan kepada KPM pada 11 Mac 2009. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh ke-56 yang memulakan sesi persekolahan pada bulan Mei 2009 selepas SMS Kepala Batas, Pulau Pinang.Slogan sekolah ini ialah "Striving Together Towards Excellence".

Sekolah_Menengah_Sains_Kubang_Pasu

Jenis sekolah Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi
Faks 04-9257844
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Jasmi Bin Lebai Ahmad
Kod sekolah KEA4068
Pengetua En Mohamad Zakaria Bin Mohamad Yusof
Singkatan KUPSIS
Laman sesawang http://smskp.edu.my/
Kemasukan Tingkatan 1
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Hazilah Binti Abdullah
Moto Sukses, Kreatif, Produktif
Nombor sekolah 04-9257855