Sekolah_Menengah_Sains_Sabah
Sekolah_Menengah_Sains_Sabah

Sekolah_Menengah_Sains_Sabah


Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) merupakan sekolah perintis kepada penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Malaysia di Sabah dan Sarawak. Terletak berhampiran dengan Kelab Golf dan Desa Kinabalu, sekolah ini asalnya dibina bagi menempatkan pelajar matrikulasi sains Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebahagian bangunan sekolah ini diduduki oleh Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK). Sekolah Menengah Sains Sabah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) dan merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan Gred A yang dinilai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SMESH kini menduduki kedudukan pertama sebagai sekolah terbaik di Sabah mendahului pesaing terdekatnya Sekolah Menengah Sains Lahad Datu berdasarkan keputusan SPM terkini. Awal Mei 2011, menyaksikan sekolah ini diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manfaat daripada status tersebut, pentadbir mempunyai kuasa autonomi yang meluas dari aspek kewangan, pentadbiran dan akademik. Manfaat meliputi penetapan tempoh minimum untuk subjek, memanjangkan jam sekolah dan membolehkan pelajar untuk menamatkan pengajian mereka setahun lebih awal. Sebuah geran ldisalurkan ke sekolah pada awal setiap tahun dan pentadbir mempunyai fleksibiliti penuh untuk menggunakan sepenuhnya tanpa campur tangan dari sistem sentralisasi pengadaan jabatan.