Sekolah_Menengah_Sains_Seri_Puteri
Sekolah_Menengah_Sains_Seri_Puteri

Sekolah_Menengah_Sains_Seri_Puteri


Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja.Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah, Kantin dan gelanggang permainan. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, blok surau serta Dewan Makan.Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid. Begitu juga dengan nama rumah sukan: ONCIDIUM (Kuning), DENDROBIUM (merah), BRASSIDIUM (hijau) dan EPIDENDRIUM (oren).

Sekolah_Menengah_Sains_Seri_Puteri

Jenis sekolah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Faks (+6)03-40449614
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Haslinda bt Karim
Pengetua Pn Asiah bt Zainal Abidin
Singkatan SESERI
Laman sesawang
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En Jasmi bin Md Isa
Moto Proaktif Inovatif Efektif
Nombor sekolah (+6)03-40411715