Sekolah_Menengah_Sains_Sultan_Mahmud
Sekolah_Menengah_Sains_Sultan_Mahmud

Sekolah_Menengah_Sains_Sultan_Mahmud

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (lebih dikenali sebagai SESMA) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu iaitu di antara Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu. Ia ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu bertujuan menampung keperluan pelajar yang ingin mengambil jurusan Sains sebagai bidang yang ingin diceburi pada masa depan terutama kepada pelajar luar bandar. Selain itu, pembukaan sekolah ini bertujuan untuk memberi satu suasana hidup di asrama yang terkawal bagi melatih pelajar-pelajar hidup didalam satu masyarakat kecil yang berdisiplin, berdikari, bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain.