Sekolah_Raja_Perempuan_Taayah


Sekolah Raja Perempuan Taayah yang merupakan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak yang dibangunkan pada tahun 1960 di tapak yang seluasnya 9 ekar di Jalan Tambun, Ipoh. Sekolah asal bagi Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah ialah Sekolah Agama Menengah Perak, Jalan Kampung Simee, iaitu bekas Khemah Tahanan Politik.Kemudian sekolah ini berpindah ke sekolah yang ada sekarang di Jalan Tambun, Ipoh. Kemasukan pelajar pertama bermula pada tahun 1960 iaitu seramai 80 orang pelajar dan 6 bulan kemudian seramai 80 orang pelajar lagi diterima masuk. Bangunan tahanan politik tersebut dijadikan kelas dan bangunan hospitalnya dijadikan asrama pelajar. Setelah berpindah ke tapak sekarang, para pelajar ditempatkan di Asrama Kuning. Mereka disatukan di Kelas Peralihan sebelum naik ke Tingkatan Satu pada tahun 1962.