Seks_dalam_Islam

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Seks diajarkan di dalam Islam. Islam adalah agama yang juga mengajarkan tentang seks, pernikahan, dan keluarga. Islam mengajarkan tuntunan yang benar semua tingkah laku manusia. Insan perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru, dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun, keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak agar menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan.