Seks_oral
Seks_oral

Seks_oral

Seks oral merupakan aktiviti-aktiviti seks yang menggunakan mulut, lidah, dan kemungkinan kerongkong untuk menjilat atau mengulum kemaluan. Ia biasa dilakukan sebagai salah satu aksi percumbuan, sebagai keseronokan seks, atau ketika bersetubuh. Seks oral kadang-kadang dilakukan tanpa aktiviti seks yang lain.Seks oral diamalkan dalam kedua-dua hubungan seks heteroseksual dan homoseksual. Dalam konteks heteroseksual, seks oral digunakan sebagai cara untuk merancang keluarga dan alternatif kepada perhubungan jenis. Seks oral bagaimanapun bukan cara berkesan untuk mencegah penyakit kelamin walaupun beberapa penyakit kelamin dipercayai tidak mudah tersebar melalui seks oral. Kebersihan hendaklah dijaga ketika melakukan seks oral kerana kuman amat terdedah kepada mulut ketika melakukannya.